Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kerajaan Negeri Bantu Pesakit Kanser Rahang


Nasib malang Muhammad Syafi Mohd Syahrisan, 7, yang mengidap penyakit 'Infantile Fibrosarcoma' terus mendapat perhatian pelbagai pihak yang bersimpati dengannya termasuk pemimpin utama negeri, Ahmad Razif Abd Rahman.

Menteri Besar bersama isteri hari ini berpeluang menziarahi murid Sekolah Kebangsaan Nyior Tujuh, yang tinggal di Taman Selasih, Kampung Padang Landak, Jertih.

Turut serta dalam kunjungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Muhamad Pehimi Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Keusahawanan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohammad Omar dan Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin.

Muhamad Syafi mula mengalami penyakit berkenaan pada Ogos 2014 selepas disahkan menerusi biopsy pembedahan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Penderitaan  mangsa yang kini terlantar di rumah, selain kesulitan ibu bapanya untuk menjaga bukan sahaja mendapat perhatian orang ramai  termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO), malah turut menjadi viral serta dikongsi ramai pelayar laman sosial.


Ahmad Razif meluangkan masa lebih dua jam untuk mendengar sendiri masalah dihadapi oleh kanak-kanak itu yang disampaikan bapanya, Mohd Syahrizan Ibrahim,39.

Bersimpati dengan nasib malang murid berkenaan,  Menteri Besar mengumumkan bantuan segera berjumlah RM100,000 kepada keluarga pelajar terbabit bagi urusan perubatan.

Bantuan berkenaan disalurkan melalui Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jertih yang akan menyelaras urusan rawatan dan perubatan Muhamas Syafi.

“Pesakit terbabit memerlukan kos membeli ubat-ubatan RM4,000 sebulan dan keluarga tidak mampu untuk menanggungnya,” kata Menteri Besar kepada media selepas melawat murid berkenaan.

Malah, katanya, kerajaan negeri sedia membantu menguruskan rawatan lanjut jika murid berkenaan memerlukan rawatan di luar negara.

Ahmad Razif berkata, setakat ini Muhamad Syafi adalah kanak-kanak pertama di Pantai Timur yang dikesan mengidap penyakit berkenaan.

Bapanya, Mohd Syahrizan Ibrahim, 39 dan isterinya Norzuriana Madri, 38 kedua-duanya guru berkata anak mereka kini terpaksa bergantung kepada ubat yang dibelinya sendiri bagi membantu kekuatan anaknya.

No comments: