Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kaunter Khas Wanita Mungkin Akan Diteruskan-MB

Penerima anugerah bersama replika dan trofi masing-masing sempena Sambutan Hari Wanita peringkat Terengganu, di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail

Kerajaan negeri akan mempertimbangkan cadangan orang ramai yang mahukan kaunter khas untuk wanita di tiga  jabatan kerajaan  diteruskan seperti diperkenalkan selama tiga hari, berakhir hari ini.

Pendekatan itu dilaksanakan  Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara  Sempena Hari Wanita dengan membuka kaunter laluan tanpa perlu mengambil nombor giliran.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata dia akui apa yang dilaksanakan oleh tiga jabatan kerajaan itu mendapat pujian banyak pihak, bukan sahaja dapat menghargai wanita  malah menjaga hak-hak wanita dalam pelbagai perkara.

Katanya, sewajarnya juga sekiranya mengasingkan antara lorong lelaki dan wanita, nampak lebih adil.


“Apa yang dicadangkan itu akan dipertimbangkan, sekiranya mendapat persetujuan pelbagai pihak, akan dilaksanakan segera dengan memperluaskannya ke agensi kerajaan negeri,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Wanita peringkat Terengganu, di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama, Isteri Menteri Besar, Halina Zakaria, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud.

Ahmad Razif turut memberitahu,  Pasar Wanita (Pasarnita) di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu akan mula beroperasi dan dirasmikan pada 13 November ini dengan penglibatan seramai 44 usahawan wanita .


Katanya, waktu operasi ditetapkan selama tiga hari dalam seminggu, bermula jam 6 petang hingga 12 tengah malam.


“Jualan produk sama ada mahu menjual barangan kecantikan, makanan atau pakaian perlu mendapat persetujuan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu,”katanya

No comments: