Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

JPNT Anjur Program Dedah Siswa Dengan Inisiatif Murni Kerajaan


Jabatan Penerangan Negeri Terengganu (JPNT)mengadakan Program Gemilang Siswa bagi memberi pendedahan kepada golongan ini dengan inisiatif murni kerajaan supaya mereka dapat memanfaatkannya untuk menjadi insan yang gemilang.
Pengarah JPNT,Nasrudin H.Mahmud berkata, masih ramai siswa yang tidak menyedari bahawa banyak kemudahan yang mereka nikmati adalah hasil daripada program kerajaan untuk membangunkan mereka.
"Siswa merupakan golongan terpelajar yang menjadi 'role model' khasnya kepada generasi muda yang membentuk pemikiran masyarakat dan negara pada masa akan datang kerana mereka inilah yang akan menerajui kepimpinan pada masa itu.
"Sebab itulah kita cuba beri kefahaman yang lebih mendalam tentang erti kemerdekaan, meningkatkan semangat patriotisme dan rasa cintakan negara di kalangan siswa supaya setiap mereka mempunyai rasa tanggungjawab mengekalkan perpaduan dan keamanan negara,"kata beliau ketika merasmikan Program Gemilang Siswa 2016 di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu di Kuala Berang, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Hulu Terengganu, Abdullah Mamat,Pegawai Khas Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Nik Azman Nik Abdul Razak dan Pegawai School Improvement Partner Plus(SIP)Pejabat Pendidikan Hulu Terengganu, Kasman Embong.
Lebih 300 mahasiswa Politeknik Hulu Terengganu hadir memeriahkan Program Gemilang Siswa 2016 dalam membentuk jati diri sebagai ketahanan diri dan ketrampilan mahasiswa.
Nasrudin berkata, melalui program ini juga ia dapat mengetengahkan peranan dan tanggungjawab Jabatan Penerangan Malaysia dalam menyebarkan maklumat kerajaan khasnya Gagasan 1Malaysia kepada seluruh mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Awam dan juga swasta.

Tambahnya, melalui program terancang kerajaan itu juga, para siswa dapat menilai pelbagai usaha murni kerajaan yang bukan sahaja membantu para siswa, malah rakyat negara ini secara keseluruhannya.
Sementara itu,Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP),Nur Hidayah Zainal,22, berkata program ini memberi kefahaman yang mendalam dengan erti kemerdekaan, meningkatkan rasa cinta dan sayang pada negara.
"Melalui program seumpama ini,kami sebagai siswa lebih memahami dasar-dasar kerajaan khasnya Gagasan 1Malaysia dan menyebar luas konsep ini sebagai penyampai kepada rakan-rakan lain,"katanya ketika ditemui Teganukita/The Iman Tribune selepas program.
Nur Hidayah juga berkata, masih ramai siswa yang tidak menyedari bahawa banyak kemudahan yang mereka nikmati adalah hasil daripada program kerajaan untuk membangunkan golongan pelajar.
Beliau juga bimbang tanpa pendedahan itu, para siswa akan mudah terpengaruh dengan dakyah yang merugikan masa depan mereka.

"Melalui penganjuran program seperti ini, siswa seperti kami akan dapat menghayati erti kemerdekaan,menyokong serta memberi pandangan bagi menjayakan dasar-dasar kerajaan tanpa mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyar melalui media sosial,"ujarnya lagi.






No comments: