Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

JKNT Sasar 5,000 Pengikrar Derma Organ


Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menyasarkan 5,000 pengikrar yang bersedia untuk menderma organ sepanjang tahun ini.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu (Perubatan), Dr Saifur Rahman Muhammad berkata, pihaknya optimis mampu mencapai jumlah tersebut ekoran tahap kesedaran menderma organ di kalangan masyarakat negeri ini semakin meningkat saban tahun.

"Sejak dua tahun lalu, rakyat Terengganu yang daftar untuk derma organ bertambah iaitu seramai 2,111 orang pada 2014 dan tahun lepas kita dapat seramai 3,264 penderma organ.

"Malah, Terengganu mencatat jumlah tertinggi yang mendaftar berbanding negeri lain," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Kempen Jalanan Satu Ikrar Sejuta Harapan Sempena Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Negeri di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Pasukan Perolehan Transplan (TOP) negeri, Dato' Dr Aisai Abdul Rahman.

Mengulas mengenai program yang diadakan serentak seluruh negara itu, Dr Saifur Rahman berkata, JKNT turut mengambil inisiatif menganjurkan kempen bertemakan 'Jom Bincang dan Ikrar' tersebut bagi meningkatkan kesedaran masyarakat negeri ini mengenai kepentingan pendermaan organ selepas kematian dalam kaedah perawatan masa kini.

"Disamping memberi maklumat lebih terperinci kepada orang awam dengan harapan mereka ini akan berikrar sebagai penderma organ.

Katanya, untuk tujuan itu kira-kira 600 sukarelawan seluruh daerah turun padang pada hari ini untuk mendekati golongan sasar.

"Mereka ini (sukarelawan) terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk anggota kesihatan, pelajar universiti dan kolej serta orang awam.

"Bagi mencapai sasaran, para sukarelawan diberi taklimat terlebih dahulu mengenai cara terbaik untuk mendekati masyarakat dan beberapa pekara lain malah turut menjalani kursus bagi meyakinkan orang ramai," ujarnya.

No comments: