Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Irfan Bakti Kembali Terajui Skuad Terengganu?

Ahmad Razif bertemu peminat pasukan T-Team FC sebelum perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim.
Kerajaan negeri bersetuju untuk mengekalkan pasukan berstatus kelab, T-Team FC berdasarkan prestasi memberangsangkan pasukan itu, manakala Terengganu FA pula akan diberi nafas baru sebagai persediaan menghadapi musim hadapan.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata walaupun gagal untuk mara ke pusingan akhir Piala Malaysia, namun corak permainan serta aksi yang dipamerkan agak memuaskan.

"Kita berpuas hati dengan corak persembahan dan semangat juang yang begitu tinggi ditunjukkan para pemain sehingga mampu mencapai ke tahap ini.

"Maka saya merasakan pasukan T-Team perlu dikekalkan dan pastikan pasukan ini diberi peluang untuk diperkemaskan lagi bagi menghadapi saingan liga dan Piala Malaysia tahun hadapan,"katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat.

Bagi pasukan Terengganu, Ahmad Razif berkata satu penstrukturan semula serta rombakan akan dilakukan untuk memantapkan kembali pasukan itu.

Beliau berkata, penstrukturan tersebut melibatkan kesemua aspek termasuk di bahagian pengurusan dan kejurulatihan.

“Kita akan lakukan rombakan secara keseluruhan bagi memastikan bahawa tahun depan peminat dapat melihat Terengganu yang baharu di mana telah dilakukan satu transformasi dan paling mustahak kegemilangan Terengganu pada satu masa dahulu dapat dikembalikan semula pada musim hadapan.

“Perbincangan dengan bekas jurulatih Terengganu, Irfan Bakti sedang dilakukan manakala Dato’ Rozi ditugaskan untuk mengenalpasti pemain-pemain yang perlu diambil bagi memantapkan Terengganu FA,” katanya.

No comments: