Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Hentikan Sementara Penggunaan Belon - MB


Kerajaan negeri akan menghentikan sementara penggunaan belon dalam program-program rasmi kerajaan sehingga diberitahu kelak.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata kerajaan negeri akan mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk lakukan pemantauan terutamanya di kawasan-kawasan rekreasi.

Katanya, kejadian yang berlaku tersebut tidak pernah terjadi dan laporan kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah dilakukan.

"Saya telah menerima laporan dari pihak hospital dan sekarang ini kita masih menunggu laporan dari PDRM untuk melihat samada betul atau pun tidak mereka menggunakan gas helium kerana difahamkan gas tersebut tidak akan memberi impak sebegitu.

"PBT akan diarahkan untuk melihat penjualan belon terutama di tepi-tepi pantai untuk kita pastikan penggunaan gas tersebut adalah jenis yang tidak menyebabkan kebakaran," katanya.


Beliau ditemui pemberita ketika melawat mangsa terlibat tragedi letupan belon di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir isteri Menteri Besar, Halina Zakaria dan Pengarah HSNZ, Dr. Nor Azimi Yunus.

Tambahnya, kerajaan negeri akan turut memastikan mangsa-mangsa yang terlibat dalam kes letupan belon di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, semalam, diberi perhatian.

"Kejadian semalam telah melibatkan 31 mangsa dimana tujuh daripada mereka diwadkan akibat kecederaan yang dialami dan rata-ratanya merupakan anak kepada staf Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

"Kita akan lihat balik apakah keperluan-keperluan yang boleh kerajaan negeri bantu kerana sebahagian besar mangsa ini merupakan kanak-kanak yang mempunyai masa depan yang baik selain memastikan kejadiaan tersebut tidak memberi kesan kepada mereka," katanya.

No comments: