Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Guru Tarannum Dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah


Abd Rashid menunjukan anugerah yang diterima pada Majlis Sambutan Maal Hijrah
Guru Taranmum, Abd Rashid Ali, 68,  dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 2016 sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.

Beliau yang berasal dari Kampung Payang, Setiu, mempunyai lapan cahaya mata, tujuh lelaki dan seorang perempuan hasil perkahwinan dengan Salbiah Embong.

Bekas penghulu mukim ketika ditemui selepas majlis itu berkata, apa yang diterima itu menjadi pembakar semangat untuk terus menabur bakti kepada masyarakat terutama dalam bidang agama dan al-Quran.

“Pada masa sama, saya mahu mengambil peluang untuk terus menuntut ilmu di Pondok Haji Abas, Tok Jiring secara menadah kitab dan ulumul kitab quran di Masjid Abidin, Kuala Terengganu," katanya.


Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan anugerah pada sambutan majlis itu.  

Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda Tengku Fatimatuz Zahra’.

Hadir sama, Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri Halina Zakaria, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan  Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Anugerah lain, masjid kerajaan terbaik dimenangi Masjid Durian Burung, masjid mukim terbaik (Masjid Nur Bakti, Gong Badak) dan  surau terbaik  pula dimeneangi Surau Solihin Mak Chili Kemaman.

Manakala anugerah keluarga mithali dimenangi keluarga Yaacob Abd Rahman dari Kampung (Kg) Chabang Tiga Oh Jabi, iman cemerlang ( Zakaria Mohd, iman Masjid Tualang) dan bilal cemerlang (Awang Abd Rahman, bilal Masjid Kg Sentol Patah Marang)

Penerima lain, anugerah produk halal terbaik diterima syarikat Muslim Food Industri, Kg Tok Jiring dan anugerah OKU (Mohd Fauzi Mansor).
    




No comments: