Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Exco, Ketua Jabatan Guna Aplikasi Baharu Dalam iPad Tambah Baik E-Aduan


Ahmad Razif (tengah barisan depan) bergambar bersama  datuk bandar dan Yang Dipertua  di Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Datuk Bandar dan Yang Dipertua PBT di Wisma Darul Iman, semalam.

Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan ketua jabatan kerajaan berkaitan kebajikan dan pekhidmatan hal ehwal masyarakat di negeri ini akan dibekalkan kemudahan gajet baharu berupa iPad sebagai usaha memudahkan penyelesaian masalah rakyat secara terus menerusi sistem e-Aduan.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pihaknya sudah meminta Unit Pengurusan Maklumat Negeri (UPMN) mewujudkan aplikasi baharu dalam iPad yang akan dibekalkan itu nanti bagi menyokong inisiatif selaras dengan kemajuan dunia teknologi maklumat itu.

Katanya, melalui aplikasi itu, setiap aduan yang diterima akan disalurkan secara terus kepada setiap jabatan terlibat dan dipantau beliau sendiri di Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Exco.

“Mereka diberi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari untuk menyelesaikan setiap aduan rakyat, sekiranya didapati gagal, saya sendiri akan mengambil perjalanan dengan memberi surat peringatan.

“Jumlah dan peruntukan berkaitan perkara itu masih dalam perbincangan, tetapi yang pastinya kita akan mengagihkan kepada mana-mana jabatan dan Pihak Berkuasa Tempatan yang dekat dengan rakyat,” katanya .

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Datuk Bandar dan Yang Dipertua PBT di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan beberapa Exco Kerajaan Negeri.

Ahmad Razif turut memberitahu, pada masa depan, aplikasi Sistem ­Ukuran Kepuasan Awam (e-SUKA) yang diperkenalkan kerajaan negeri pertengahan tahun lalu turut ditambahbaik, di samping memberi inisiatif atau hadiah kepada mana-mana jabatan yang cemerlang mengguna pakai kemudahan itu .

“Kemudahan itu berbeza dengan e-Aduan di mana e-SUKA berfungsi sebagai penilai kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan kerajaan dalam setiap urusan yang dilakukan,” katanya.

No comments: