Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Cucu nampak 'kucing besar'


Penduduk FELDA Kota Gelanggi 3, di sini, gempar apabila apabila dikejutkan dengan kehadiran harimau di bawah rumah seorang peneroka, di sini, hari ini.
Dalam kejadian 7.30 pagi itu, kehadiran harimau itu disedari cucu penduduk yang tinggal berhampiran rumah peneroka terbabit.
Ramli Othman, 60, berkata, sebaik dimaklumkan oleh cucunya yang berusia 10 tahun mengatakan ada kucing besar, dia dan seorang rakan segera meninjau lokasi yang dimaklumkan.
"Disebabkan keadaan ketika itu masih samar dan gelap, saya masuk semula ke dalam rumah untuk mengambil lampu suluh sebelum mengajak rakan yang kebetulan baru pulang dari kedai makan untuk sama-sama memeriksa.
"Sebaik menghampiri rumah jiran, kami tidak melihat kelibat kucing besar tetapi dikejutkan dengan ngaumannya dari bawah rumah jiran," katanya sebagaimana dilaporkan Harian Metro.
Katanya, sebaik mendengar ngauman itu, dia segera meminta seorang jiran untuk menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang kemudian tiba jam 9.30 pagi.
Harimau berkenaan kemudian berjaya ditangkap dan dimasukkan dalam sangkar oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang yang tiba selepas dimaklumkan oleh anggota APM.

No comments: