Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Bersedia Tempuh Dekad Yang Lebih Mencabar- Sultan Terengganu

Sultan Mizan berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Abd Rashid Ali. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mengharapkan semua pihak termasuk parti politik, pertubuhan sosial dan rakyat seharusnya bersedia menempuh dekad yang lebih mencabar pada masa akan datang.

Titah baginda, kita perlu membuang sikap lapuk yang merugikan, sebaliknya perlu bersiap- sedia menjadi umat yang progresif untuk mengekalkan martabat Islam.

“Semua pengajaran ini akan tinggal sejarah jika kita terus leka dan hanya berbangga dengan pencapaian umat terdahulu, sedangkan kita sendiri tidak mahu dan tidak pernah berubah untuk mencapai kejayaan,” titah baginda.

Sultan Terengganu bertitah demikian pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda Tengku Fatimatuz Zahra’.


Hadir sama, Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri Halina Zakaria, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Baginda bertitah, sempena sambutan Maal Hijrah kali ini, semua umat Islam di Terengganu diharap agar dapat mengambil nilai- nilai positif dari peristiwa hijrah.

“Peluang dalam kepelbagaian agama hendaklah dimanfaatkan untuk menyokong antara satu sama lain bukan meruntuhkannya.

“Nilai-nilai universal yang baik yang diiktiraf  oleh agama islam seperti berkasih sayang, bertolerasni dan saling memahami sesama masyarakat dalam perkara-perkara yang dibenarkan sepatutnyan disuburkan dan diamalkan yang tentunya akan menambah semangat perpaduan,” katanya.

No comments: