Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Belia Marang Ke Shah Alam Bangkit Semangat T-Team


Seramai 40 belia dari Marang bertolak ke Shah Alam, pagi ini sebagai menzahirkan sokongan kepada pasukan The Titans pada perlawanan separuh akhir menentang Selangor malam ini.

Pengerusi Majlis Belia Daerah Marang, Amirullah Othman berkata, sebagai tanda sokongan tidak berbelah- bahagi kepada pasukan Terengganu atas kecemerlangan mara ke separuh akhir, persatuannya mengambil inisiatif membawa belia dari kalangan penyokong pasukan Terengganu  itu bagi menyemarakkan semangat pemain supaya mampu membawa pulang kemenangan.

 "Majlis Belia Daerah Marang amat optimis bahawa tahun ini pasukan T-Team akan melakar sejarah dengan keputusan yang cemerlang.

"Sekurang-kurangnya kehadiran ramai penyokong dari segenap pelusuk Terengganu mampu membangkitkan semangat juang yang tinggi kepada T-Team,"katanya.

Amirullah berkata, pihaknya berterima kasih kepada Institut al-Quran Terengganu yang menyediakan bas bagi melancarkan hasrat mereka untuk bersama-sama  penyokong yang lain.

Tambahnya, tiket untuk perlawanan tersebut telah dibeli melalui persatuan bola sepak T-Team sendiri.

No comments: