Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Bajet 2017- Manfaat Sehingga Peringkat Akar Umbi


Ahmad Razif bersama pegawai-pegawai kanan kerajaan ketika menyaksikan siaran langsung  pembentangan bajet di Pejabat Dun Seberang Takir, Kuala Netus, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman menyifatkan  Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak, semalam sebagai menyeluruh sehingga ke peringkat akar umbi dengan  mengekalkan projek besar demi kesejahteraan rakyat.

Katanya, perkara itu ditegaskan sebagai maklum balas kepada pembentangan bajet yang dilihat turut berupaya meningkatkan sektor ekonomi di negeri ini melalui beberapa projek yang diumumkan.

"Meskipun pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada pemimpin nombor satu negara, termasuk negara bakal bankrap, namun beliau dilihat tetap meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

"Pertama sekali saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada perdana menteri ( Najib) kerana telah berjaya membentangkan bajet yang merangkumi pelbagai aspek serta menyeluruh demi kesejahteraan rakyat, " katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menonton siaran langsung  pembentangan bajet di Pejabat Dun Seberang Takir, Kuala Netus, semalam.

Menurutnya, Bagi Kerajaan Terengganu, kita percaya dan penuh yakin dalam pembentangan bajet itu, industri dan sektor ekonomi di negeri ini akan terus berkembang  pesat.

 "Ia dapat dilihat melalui projek landasan kereta api bernilai RM55 bilion dari Gombak, Selangor ke Tumpat, Kelantan yang akan melalui jajaran di seluruh daerah bermula di Kemaman.

"Keyakinan ini berasas memandangkan dengan adanya laluan yang baharu itu nanti, ditambah dengan laluan Lebuh Raya Pantai Timur ( LPT) 2 yang sedia ada akan meningkatkan lagi pendapatan ekonomi rakyat di negeri ini,"katanya..



No comments: