Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Azizulhasni Terima Ganjaran Pangsapuri, Wang Tunai RM10 Ribu

Sultan Terengganu berkenan menyampaikan ganjaran kepada Mohd Azizulhasni pada Majlis Minum Petang Bersama Penggiat-Penggiat Sukan, Penaja  Sukan dan Wakil Olimpik di Hotel Primula, Kuala Terengganu, petang semalam. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
Kerajaan negeri menyerahkan ganjaran berupa pangsapuri bernilai RM250,000 dan wangtunai RM10,000 kepada pelumba basikal, Mohd Azizulhasni Awang berikutan kejayaan memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Rio, baru-baru ini.

Selain Azizulhasni, lapan pemain hoki Terengganu dan pendaki Gunung Everest, Fairul Adib Mohamad Yusof masing-masing  menerima satu lot kediaman.

Kerajaan negeri turut memperuntukkan wang tunai  RM10,000 seorang kepada tiga atlet olimpik, iaitu Fatehah Mustafa (atlet berbasikal), Khairul Anuar Mohammad (memanah),  Mohd Hafifi Mansor (angkat berat) dan atlet paralimpik acara ping pong, Mohammad Azwar Bakar.


Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin  berkenan menyampaikan sumbangan itu kepada semua penerima pada Majlis Minum Petang Bersama Penggiat-Penggiat Sukan, Penaja  Sukan dan Wakil Olimpik di Hotel Primula, Kuala Terengganu, petang semalam.

Hadir mengiringi baginda, Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan barisan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Ahmad Razif memberitahu, kerajaan negeri juga bersetuju  melantik Mohd Azizulhasni dan Fatehah sebagai duta Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017.


Katanya, pelantikan mereka membolehkan nama Terengganu terus dikenali di seluruh negara melalui kejohanan-kejohanan berbasikal yang bakal disertai dengan mengenakan jersi yang mempunyai logo Beautiful Terengganu.

“Pada masa yang sama, kita bersetuju untuk melaksanakan Program 'Road To Olympic Tokyo 2020’ bersama atlet yang sedang dikenalpasti Majlis Sukan Negeri Terengganu,”katanya .



No comments: