Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Ziarah Kasih Rentasi Lautan


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang  memikul. Begitulah nasib yang menimpa seorang warga emas di Kampung Baru, Pulau Redang, yang hanya mampu terlantar akibat lumpuh sejak empat tahun lalu.

Asiah Ibrahim, 70, yang hidup sebatang kara dan langsung tidak mampu bangun serta menguruskan dirinya sendiri.

Dia hanya mampu mengharapkan simpati jiran dan adiknya, Zainab Ibrahim,65, untuk membantu menguruskan kehidupannya.

"Sejak berpisah dengan suami makcik beberapa tahun lalu, makcik cuma bergantung kepada pertolongan jiran-jiran dan adik untuk urus diri termasuk makan minum.

"Walaupun makcik ada seorang anak tapi disebabkan ada sedikit masalah, dia tidak dapat jaga makcik....tinggal lah makcik seorang diri mengharap bantuan dari orang sekeliling"katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib, hari ini.


Aktiviti ziarah kasih ke rumah-rumah pesakit kronik dan golongan asnaf berkenaan sempena Pogram Tadabbur D'Redang disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil.  Turut sama, Adun Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman.

Sementara itu, Ghazali berkata Majlis Agama Islam dan Adat  Melayu Terengganu (Maidam)  perlu menyalurkan bantuan tambahan sekali gus untuk setahun bagi keperluan beberapa pesakit kronik di kampung terbabit untuk menanggung kos rawatan serta mengurangkan beban yang ditanggung.

"Kita tahu dengan bantuan RM200 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) tidak mencukupi untuk membeli keperluan seperti lampin pakai buang dan ubat-ubatan jadi Maidam perlu menyalurkan bantuan ini sekaligus sebanyak RM2,000 atau RM3,000 setahun .

"Jadi saya minta Adun menguruskan hal ini supaya Maidam dapat menyalurkan bantuan segera kepada pesakit kronik dan golongan asnaf yang memerlukan bantuan bagi meringankan beban mereka,"kata Ghazali .

Ghazali turut berkata Baitulmal juga perlu melihat balik pengagihan bantuan kepada golongan asnaf yang lain supaya lebih efektif bagi memastikan tiada penerima tercicir dan lambat menerima bantuan yang sepatutnya.

"Baitulmal juga perlu meningkatkan proses pengagihan bantuan zakat kepada golongan asnaf dan apa yang saya lihat sekarang proses penambahbaikan sedang dilakukan secara berterusan, lebih tersusun dan efektif,"ujarnya lagi.

No comments: