Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

YTR Anjur Pertandingan Cabaran Inovasi Inklusif 2016

Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) melalui anak syarikatnya YIM Technology Resources Sdn Bhd (YTR) telah dilantik sebagai agensi peneraju dan pelaksana Program Berimpak Tinggi 6 – Inovasi Inklusif (HIP 6) di bawah SME Masterplan semasa Mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan Kali Ke-16.
Pengarah Program HIP6, Yayasan Inovasi Malaysia, Abdul Razak Ahmad berkata, YTR mengambil inisiatif untuk menganjurkan Pertandingan Cabaran Inovasi Inklusif 2016 di setiap setiap zon seluruh Malaysia.
“Penganjuran program itu setelah melihat keberkesanan dalam menjayakan program Cabaran Inovasi Inklusif 2015 untuk Zon Tengah ( Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya) pada tahun 2015,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Abdul Razak berkata, bersempena HIP 6, Cabaran Inovasi Inklusif 2016 telah dimulakan di Zon Selatan (Johor sahaja) pada bulan  Ogos 2016 dan akan diikuti dengan  Zon Pantai Timur (September 2016), Zon Utara (Oktober 2016), Zon Tengah/Selatan (November 2016) dan Zon Sabah & Sarawak (Disember 2016).
Katanya, pertandingan  itu diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang mempunyai idea kreatif dan inovatif dalam mencari inovasi inklusif yang mampu memyelesaikan masalah ( dari segi kepengunaan, kesihatan, produktiviti dan pendidikan) yang sering dihadapi penduduk sekitar negeri masing-masing di seluruh Malaysia.
Menurut beliau, Cabaran Inovasi Inklusif 2016 bagi Zon Pantai Timur akan diadakan selama dua hari bermula 28 September ini di TH Convention Centre Kuala Terengganu.
“Seluruh rakyat Terengganu yang berkelayakan dijemput menyertai pertandingan tersebut. Penyertaan boleh didaftar melalui aplikasi innomap di www.cabaraninovasi2016.innomap.my.
“Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pertandingan ini boleh hubungi Puan Nabilah Nujman di talian 03-83191714,” ujarnya.

No comments: