Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Warisan Sari Martabat Seni Gamelan



Tersergam indah Warisan Sari, menjadi tapak mekarnya seni budaya Terengganu, gamelan.

Menggunakan konsep istana lama, Warisan Sari yang terletak di Tok Jembal, Kuala Nerus memberi lebih impak kepada persembahan seni gamelan Terengganu atau kini lebih dikenali sebagai gamelan Melayu.

Terbahagi kepada lima bahagian, semua nama yang diberi adalah berdasarkan nama-nama lagu popular di dalam seni gamelan seperti Balai Geliung, Lantai Lima, Teratak Nangga, Galeri Antawada dan Wakaf Selanting.


Pemilik Warisan Sari, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, pembinaannya telah dilakukan secara berperingkat sejak 2002.

"Pembinaan Warisan Sari telah memakan masa selama 14 tahun dan ianya telah siap sepenuhnya pada 2014.

"Walaupun pembinaannya memakan masa yang begitu lama, ianya merupakan inisiatif sendiri untuk menaikkan kembali kegemilangan seni gamelan Terengganu," katanya.


Warisan Sari dibuka selama sejam setiap Sabtu bermula pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari kepada penggiat dan peminat gamelan.

Menariknya, pemain seni di Warisan Sari terdiri daripada beberapa kumpulan yang berbeza setiap minggu bagi memberi peluang kepada mereka dalam memartabatkan gamelan yang kini semakin pudar di mata masyarakat.

No comments: