Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Program Ibadah Korban Sahabat Muslim Singapura Di Balai Raya Kampung Bukit Wan Esok



UniSZA Tourism Sdn Bhd dengan kerjasama JKKK Kampung Bukit Wan, Batu Rakit dan Pejabat Daerah Kuala Nerus akan menganjurkan Program Ibadah Korban Sahabat Muslim Singapura Bersama Komuniti Terengganu di Balai Raya Kampung Bukit Wan pada 12 September (esok).

Pengurus Besarnya, Lokman Hakim Abdul Razak berkata, penganjuran program yang turut disokong oleh Sekretariat Beautiful Terengganu dan Tourism Malaysia Terengganu itu bakal disertai 60 peserta dari Singapura.

“Mereka berpeluang melancong sambil beramal apabila menyertai ibadah korban yang dijalankan secara bergotong-royong bersama komuniti kampung.

“Malah dapat mempelajari adat budaya negeri ini dan menikmati makanan tradisi Terengganu apabila aktiviti rombongan itu juga diselitkan dengan sesi ‘Kenduri Kampung’, acara permainan tradisional dan berakhir dengan pengagihan sumbangan kepada golongan yang memerlukan,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Lokman berkata, selain mengetengahkan adat dan budaya masyarakat Terengganu dan juga suasana sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha kepada pelancong luar khususnya Singapura, program tersebut juga bertujuan memperkenalkan Kampung Bukit Wan sebagai kampung terbaik yang pernah memenangi Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2012. 

No comments: