Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Tujuh Ekor Lembu Untuk Korban Sempena Aidiladha DUN Telemong


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)Telemong, Dato' Rozi Mamat, hari ini menyerahkan tujuh ekor lembu kepada tujuh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) di daerah ini untuk dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha esok.

Rozi berkata, setiap Pengerusi J3K yang terlibat akan menguruskan ibadat korban dan agihan daging ini kepada penerima di peringkat cawangan atau kampung masing-masing.

“Kita bersyukur kerana tahun ini masih ada lagi sumbangan yang diterima daripada pihak yang terbabit walaupun tidak banyak tapi cukup bermakna buat kita semua menyambut Hari Raya Aidiladha dengan keinsafan dan penuh sederhana.

“Penyerahan tersebut dilakukan setiap tahun di peringkat akar umbi kerana pelaksanaan ibadah membantu menyatupadukan penduduk,”katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Lembu Korban DUN Telemong 2016 Kepada Pengerusi J3K yang terpilih, di Telemong, hari ini.

Pada kali ini, lembu korban disumbangkan oleh Gabungan Pemborong Quari(GPQ) sebanyak lima ekor dan dua ekor lagi daripada Syarikat Perkayuan Negeri Terengganu.

Sebanyak tujuh buah kampung terpilih untuk menerima lembu korban iaitu Kampung Lerek, Kampung Kuala Jeneris, Kampung Teris,Kampung Temir,Kampung Hulu Sat, Kampung Pelandan dan Kampung Iman Lapar.

Menurut Rozi lagi, pada tahun depan ,program seperti ini akan diteruskan dengan penglibatan kampung lain pula supaya semua kampung di dalan DUN Telemong dapat merasai nikmat daripada ibadah korban ini.

Sementara itu, Pengerusi J3K Kuala Jeneris, Awang Pipir berkata, sumbangan lembu ini cukup bermakna kepada segelintir komuniti kampung yang tidak mampu melakukan ibadah korban sendiri.

"Insha-Allah saya akan lakukan ibadah korban ini pada hari raya kedua dan mengagihkan daging kepada semua penduduk kampung untuk dinikmati sama ada daging mentah atau kita adakan jamuan sekampung,"katanya lagi.

Oleh : Mastura Jamaldin

No comments: