Pasukan Hoki Terengganu (THT) mengulangi sejarah apabila muncul juara buat tiga kali berturut-turut Liga Hoki Malaysia (MHL) 2016 selepas menewaskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 3-1 dalam perlawanan final, di Stadium Hoki Batu Burok, Kuala Terengganu, semalam.
“Walaupun
untuk lima perlawanan awal, kita bermula perlahan apabila hanya memperoleh
tujuh mata. Namun kita bangkit untuk lima perlawanan terakhir dengan mengumpul
15 mata lagi menjadikannya 22 mata.
“Untuk
menang ianya mudah, tapi bagi mengekalkan kejuaraan sebanyak tiga kali berturut-turut bukan sesuatu yang mudah,” katanya kepada pemberita.
Kelebihan bermain di laman sendiri digunakan sepenuhnya apabila THT membuka jaringan seawal minit kelima menerusi pukulan penalti bekas pemain kebangsaan, Mohd Fitri Saari.
Pada minit
ke-18, asakan yang dilakukan membuahkan hasil apabila Tengku Ahmad Tajuddin
Tengku Abdul Jalil membuka ruang untuk pasukan tuan rumah menjarakkan jaringan
melalui gol padang.
Bersambung
babak kedua, THT terus mempamerkan aksi garang apabila Ismail Abu berjaya
menyudahkan hantaran kapten pasukan, Mohd Faisal Saari pada minit ke-31
menerusi gol padang.
Namun
demikian, berselang seminit kemudian, TNB yang ketinggalan berjaya memecahkan
kebuntuan apabila berjaya merapatkan kedudukan menerusi gol padang oleh
Muhammad Ramadan Rosli.
Dengan kemenangan
3-1 tersebut, THT yang mempertahankan kejuaraan sejak 2014 meraih wang
tunai RM100,000, piala pusingan berserta medal.
0 komen: