Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terowong Bukit Tebuk Simpan Nostalgia `Bandar Bijih'


Destinasi bersejarah, Terowong Bukit Tebuk di Bukit Besi, Dungun mungkin agak asing bagi generasi baharu. Bagaimanapun, individu atau keluarga yang pernah memerah keringat sebagai pelombong bijih besi suatu masa dahulu, pastinya akan terimbas memori apabila menyebut perihal artifak yang masih teguh berdiri itu.

Terletak 33 kilometer (km) dari Bandar Dungun dan 77 km dari Kuala Terengganu, Bukit Tebuk menyimpan cerita tersendiri dan kisah sejarahnya turut diabadikan pada monumen Tourism Malaysia di situ. 

Menurut catatan sejarah, terowong sepanjang 15 meter itu dibina tentera Jepun pada 1935 sebagai laluan keretapi bijih besi bermula kawasan perlombongan Bukit Besi ke lokasi pengumpulan bijih besi di Sura Gate,Dungun.

Apa yang menarik, di dalam terowong itu terdapat dua bilik kecil berbentuk separuh bulatan dan tidak mempunyai pintu.

Dikatakan bilik itu dijadikan sebagai tempat menyorok atau menyelamatkan diri bagi pejalan kaki atau penunggang basikal jika keretapi sedang melalui terowong itu.

Pada 1 Oktober 1970, Eastern Mining and Metal Berhad (EMMCO) yang menjadi pengusaha bijih besi pada ketika itu telah membuat keputusan untuk menutup terowong Bukit Tebuk atas faktor tertentu.

Sementara itu, pada 8 September 1971, sektor perlombongan di Bukit Besi ditutup sekali gus penggunaannya sebagai laluan keretapi terhenti. namun begitu, terowong ini terus menjadi laluan alternatif penduduk setempat untuk ke Bandar Dungun.

Untuk mengetahui lebih lanjut dan melihat dari dekat  artifak sejarah yang ditinggalkan, bolehlah berkunjung ke Bukit Tebuk.




No comments: