Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Sebagai Destinasi Kegemaran Di Malaysia Sempena MATTA Fair



Terengganu terpilih sebagai ‘Destination Partner’ dan `Malaysia’s Favourite Destination’ sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017 pada MATTA Fair, di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur yang berlangsung pada 2 hingga 4 September ini.
Penyertaan Terengganu dalam ekspo pelancongan terbesar di Malaysia yang membuka peluang perniagaan global dalam industri pelancongan itu bakal melibatkan 16 ruang pameran yang menempatkan 30 peserta terdiri daripada agensi-agensi pelancongan, hotel, agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan pelancongan.
Di MATTA berkenaan, Pavilion Terengganu bertempat di Aras 4 PWTC yang dibuka bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
Program itu bakal dirasmikan oleh Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, di Aras 2, PWTC, pada 3 September (Sabtu) jam 9.30 pagi.
Pengurus Promosi Sekretariat Beautiful Terengganu, Ahmad Fathil Abd Ghani berkata, penyertaan Terengganu sebagai platform kepada promosi awal TMT 2017 yang bertujuan untuk meneruskan sinergi promosi dan galakan terutama kepada pasaran pelancongan domestik.
Katanya, ekspo itu juga memberi peluang kepada penggiat pelancongan memperkenal dan menjual pakej pelancongan kepada pengunjung antaranya seperti Pakej Menyelam Skuba, Pakej Eko Pelancongan di Tasik Kenyir, Pakej Lawatan Islamik, Pakej Rivercruise, Pakej Berbulan Madu, Pakej Istimewa Cuti Sekolah , Pakej Berkuda, Pakej Inap Desa dan Pakej Balik Kampung Perantau.
“Penjenamaan imej `Beautiful Terengganu’ di MATTA Fair bakal memberi persepsi positif terhadap agenda transformasi negeri untuk meningkatkan lagi peluang bagi melebarkan sayap perniagaan berkaitan ekonomi keperluan rakyat melalui industri pelancongan dan industri-industri sokongan pelancongan,”katanya kepada The Iman Tribune, hari ini.
Ahmad Fathil berkata, ekspo itu juga berupaya merangsang penjanaan pertumbuhan ekonomi setempat melalui penyertaan penggiat-penggiat dalam sektor pelancongan agar lebih cekap dan kompetitif dalam sama-sama sehaluan menuju pembangunan sosio ekonomi Terenganu khususnya, dan Malaysia amnya.
Tambah beliau, Terengganu khususnya dan Malaysia amnya, akan dapat dipromosikan secara lebih fokus dan bersepadu dan mencapai sasaran pengunjung yang benar-benar berminat untuk melakukan kunjungan ke Terengganu.
“Terengganu mahu mewujudkan peluang-peluang kerjasama dua hala di antara penggiat-penggiat pelancongan domestik dan serantau.
“Mencetuskan satu transformasi dalam menonjolkan keunikan penjenamaan negeri sebagai destinasi unggul yang berdaya maju dan berdaya saing di rantau ini. Selain menjadi platform menawarkan pakej-pakej pelancongan inovatif,”katanya.
Dalam pada itu, Terengganu mencatat jualan sebanyak RM412,323.50 pada MATTA Fair Mac 2016, sementara sejumlah RM400,806.60 direkodkan pada tempoh penganjuran yang sama tahun lalu.
Untuk rekod, MATTA Fair pada 2 hingga 4 September ini melibatkan penyertaan daripada 1,214 pengusaha di dalam industri pelancongan dan pengusaha di dalam industri sokongan pelancongan termasuk penggiat-penggiat pelancongan dalam negara dan luar negara termasuk daripada negara-negara ASEAN, rantau Asia, Australia, New Zealand dan beberapa negara-negara daripadaTimur Tengah.
Seramai 113,121 pengunjung direkodkan pada MATTA Fair Mac 2016 dengan hasil jualan keseluruhan RM200 juta.

No comments: