Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Perhebat Promosi TMT Untuk Tarik Pelancong

Kerajaan negeri memperhebatkan promosi untuk menarik lebih ramai pelancong ke Terengganu sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, inisiatif yang terbaharu hasil kejayaan program Beautiful Terengganu di Singapura pada 11 hingga 14 Ogos lalu, seramai 40 pelancong dari negara itu akan berkunjung ke Terengganu untuk menyertai Program Korban Pelancongan yang akan diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha ini.

“Kempen yang diadakan dalam waktu yang begitu singkat ini kita berjaya menarik pelancong di negara itu untuk datang menyertai ibadah korban di Terengganu yang mana mereka akan datang pada 10 Ogos ini dan kita akan korbankan enam ekor lembu.

"Program ini juga adalah hasil kerjasama pelbagai pihak seperti Hotel Permai dan Homestay Teluk Ketapang," katanya pada sidang media selepas Program Sambutan Hari Kebangsaan 2016 Peringkat Negeri Terengganu, di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu.

Yang DiPertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan berkenan merasmikan majlis sambutan itu. Turut berkenan berangkat kekandanya Tengku Nadhirah Zahrah.

Hadir sama, isteri Menteri Besar, Halina Zakaria, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Speaker DUN, Mohd Zubir Embong serta barisan Exco Kerajaan negeri

Ahmad Razif berkata, pihaknya juga kini sedang dalam perbincangan dengan sebuah pasar raya terkemuka di Singapura untuk memasarkan produk Terengganu di Singapura dan Indonesia.

"Pihak pengurusan pasar raya Big Box telah datang ke sini untuk berbincang dengan pihak kerajaan negeri bagi tujuan memasarkan produk negeri ini di Singapura dan di outlet mereka di Indonesia.

"Sekarang ini saya juga difahamkan kebanyakan syarikat pelancongan juga turut mendapat tempahan daripada pelancong dari luar dan dalam negara untuk tahun ini dan tahun depan," katanya.

No comments: