Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Beli 80 Bot Tambahan Hadapi Banjir



Kerajaan negeri memperuntukkan RM800,000 untuk pembelian bot tambahan sebagai persediaan menghadapi banjir di Terengganu pada tahun ini.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, mesyuarat bersama ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Negeri baru-baru ini bersetuju untuk menambah 80 unit bot dengan kos berkenaan.

“Kerajaan negeri akan membeli 80 unit bot lagi sebagai tambahan dan setiap daerah akan menerima 10 unit bot.


“Setiap bot bernilai RM10,000 dan keseluruhannya berjumlah RM800,00. Bot ini akan ditempatkan di pejabat-pejabat daerah,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Nelayan Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Teluk Ketapang, Kuala Nerus, semalam.

Turut hadir Speaker DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), N. Hashim Ab. Rahman.

No comments: