Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Belanja RM300,000 Sedia Jaket Keselamatan Nelayan Zon A



Ahmad Razif menyampaikan sumbangan jaket percuma kepada salah seorang nelayan pada Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Nelayan Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Teluk Ketapang, Kuala Nerus. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. 

Kerajaan negeri memperuntukkan RM300,000 untuk menyediakan jaket keselamatan kepada 2,400 nelayan Zon A untuk meningkatkan tahap keselamatan mereka apabila berada di lautan.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata pengagihan jaket kepada setiap nelayan tradsional itu bertepatan dengan janji kerajaan negeri semasa pembentangan bajet 2016 yang lalu.

Katanya, pemberian jaket percuma tersebut adalah bagi memastikan keselamatan para nelayan terjamin jika sebarang bencana menimpa ketika mereka berada di laut.

“Pemberian ini dikhaskan kepada nelayan berasaskan kepada beberapa kejadian yang berlaku  dan kita mendapati nelayan kita juga sering terlibat dengan tragedi serta kemalangan di laut.

“Skim ini akan diteruskan untuk masa-masa hadapan, paling tidak kita akan pastikan semua nelayan akan dilengkapi dengan peralatan keselamatan bagi menjamin keselamatan mereka semasa menjalankan aktiviti di laut,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Nelayan Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Teluk Ketapang, Kuala Nerus, hari ini.

Turut hadir,  Yang Dipetua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato’ Mohd Zubir Embong; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), N. Hashim Ab. Rahman.

Ahmad Razif berkata, selain bantuan kerajaan negeri, Kerajaan Pusat melalui LKIM turut membantu para nelayan di Terengganu menerusi pemberian Elaun Sara Hidup (ESH).

Tambahnya, pemberian secara tunai tersebut adalah komitmen oleh kerajaan kepada nelayan-nelayan di seluruh Malaysia.

“Untuk Januari sehingga Ogos 2016, kerajaan telah membelanjakan RM5.6 juta bagi membayar elaun kepada nelayan di sekitar Terengganu yang melibatkan lebih 6,000 nelayan.

“ESH nelayan tersebut telah dinaikkan melalui bajet yang telah diumumkan pada tahun lepas dimana nelayan pantai Zon A menerima RM300 seorang bagi setiap bulan manakala untuk Zon B, C dan C2 menerima RM250 seorang,” katanya.

No comments: