Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

TDM Catat Pendapatan RM380.8 Juta


Ahmad Razif bersama wakil agensi-agensi kerajaan negeri pada Majlis Penyampaian Replika Cek Kepada Agensi Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto oleh Zulkifli Putra 

TDM Berhad mencatatkan hasil pendapatan sebanyak RM 380.8 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 (FY2015) atau  satu peratus lebih rendah berbanding tahun sebelumnya, sebanyak RM 386.1 juta.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pengurangan itu berikutan pendapatan bahagian perladangan TDM menurun kepada RM 215.6 juta daripada tahun sebelumnya iaitu RM255.8 juta yang dicapai pada 2014 .

Katanya, namun demikian, bahagian penjagaan kesihatan pula mencatatkan pendapatan lebih tinggi berjumlah RM 165.2 juta, peningkatan sebanyak 27 peratus berbanding RM130.3 juta pada tahun sebelumnya.

“Sementara itu, hasil yang lebih tinggi telah membawa TDM untuk meningkatkan keuntungan sebelum cukai  kepada RM69.4 juta untuk FY2015 atau lima peratus  lebih tinggi daripada RM65.9 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama pada 2014 .

"Seiring dengan prestasi kewangan bagi FY2015, TDM telah mencadangkan dividen akhir sebanyak 1.2 sen sesaham yang akan dibayar kepada pemegang saham,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Penyampaian Replika Cek Kepada Agensi Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri,  Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Pengawai Kewangan Negeri, Dato’ A Rahim Jusoh dan  Pengerusi TDM Berhad, Major General , Dato’ Dr Mohamad Termidzi Junaidi.

Di majlis itu, TDM Berhad membuat pembayaran dividen dan perkongsian keuntungan kepada agensi-agensi kerajaan  bagi keuntugan yang diperoleh dalam tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2015 .

Antara agensi  terlibat,  Terengganu Incorporated  Sdn Bhd  membabitkan bayaran keuntungan RM11  juta,  Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (hampir RM1.2 juta)  dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (RM300,000).

Ahmad Razif berkata, pembayaran dividen yang dicadangkan berjumlah RM17.8 juta iaitu 46 peratus  daripada PATAMI Teras berjumlah RM38.9 juta berbanding dengan 41 peratus  atau RM22.2 juta pada 2014 .


“PATAMI Teras dikira tidak termasuk keuntungan yang tidak direalisasikan daripada untung yang tidak nyata dalam sekuriti pendapatan tetap yang berjumlah RM32.0 juta,” katanya.

No comments: