Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

T - Team Mara ke Separuh Akhir Piala Malaysia


T- Team akan terus mara ke Separuh Akhir Piala Malaysia pada
1 Oktober 2016 menentang Selangor.
Ini berikutan T-Team menewaskan FELDA United dalam perlawanan suku akhir kedua malam tadi di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka Maran Pahang.
PEMAIN T-Team, Dilshod Sharofetdinov (tengah) yang membuat jaringannya pada perlawanan yang cukup menarik itu.
Kemaraan T-Team ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia selepas menumpaskan FELDA United, 1-0, menjadikan agregat 2-1 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Kuala Terengganu sebelum ini dalam suku akhir pertama.
Para peminat dan penyokong bolasepak Terengganu ketika ditemui.melahirkan rasa bangga di atas kejayaan itu.
Mereka mengucapkan syabas kepada pengurusan T-Team, para pemain serta rakan-rakan penyokong yang penuh sabar menanti saat kemenangan malam tadi.
"Semoga permainan yang baik dan bermutu sepertimana malam tadi dapat dikekalkan apabila menentang Selangor nanti,' kata mereka.

No comments: