Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

T-Cakna Pemudahcara Pohon Bantuan Disediakan Kerajaan



Penubuhan Kaunter T- Cakna, di Perkarangan Wisma Yayasan Terengganu, Kampung Baru, Kuala Lumpur yang mula beroperasi hari ini, mampu memberi kemudahan kepada anak Terengganu untuk berurusan berkaitan pelbagai bantuan dan perkhidmatan yang disediakan kerajaan negeri.
Antaranya permohonan berkaitan Dana Raya, Dana Remaja, Bantuan Pakaian Sekolah, Tabung Darul Iman, Bantuan Pendidikan dan pelbagai Skim Bantuan Perniagaan.
Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata, perkhidmatan yang beroperasi mengikut jadual itu akan diseliakan jabatan dan agensi berkaitan.
Katanya, sebagaimana semua sedia maklum, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Yayasan Terengganu (YT), Sekretariat Tabung Darul Iman, Yayasan Pembangunan Usahawan dan Yayasan Pembangunan Keluarga akan terlibat memudah cara perkhidmatan itu.
"Pihak kami berharap semua yang terlibat dapat menawarkan perkhidmatan sebaik mungkin kepada mereka yang berkelayakan.
"Pada masa sama, kami menyeru anak-anak perantau mengambil peluang yang ada, bukan sahaja untuk sebarang urusan bantuan, boleh juga untuk mendapatkan khidmat nasihat," katanya.
Beliau berkata demikian dalam teks ucapan perasmian Kaunter Bersepadu Perantau TTB ( Kaunter T-Cakna) yang dibacakan Speaker DUN, Dato' Mohd Zubir Embong.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengarah YT, Mohamad Sulong.

No comments: