Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Subahanallah, Kampung Tidak Berpenghuni


Kampung paling hujung yang terletak di Hulu Besut ada sejarahnya yang tersendiri.
Dengan namanya yang begitu unik, Kampung Subahanallah yang terletak di Mukim Keruak merupakan sebuah kawasan yang tidak berpenghuni.

Menurut Pengerusi Homestay Keruak, Mohamad Abd Rahman, Kampung Subahanallah adalah salah satu tempat persinggahan pada masa dahulu.

“Kampung ini dahulunya dijadikan jalan pintas oleh penduduk Kelantan yang ingin ke Besut terutamanya perkebun.

“Mereka akan singgah di kawasan bukit kampung tersebut untuk bercucuk tanam kerana tanahnya yang subur,” katanya.

Tambahnya, menurut cerita orang lama sekitar kampung itu, pahlawan Melayu yang pernah menentang penjajahan British di Pahang , Mat Kilau pernah singgah di Kampung Subahanallah untuk ke Hulu Terengganu.

Mohamad berkata, pada zaman remajanya , beliau pernah mengikut orang tua untuk ke kawasan tersebut bagi melihat sendiri keadaan kampung tersebut.

Ujarnya , menurut penceritaan yang diceritakan kepadanya kampung tersebut  diberi nama Subahanallah kerana mempunyai sebab tersendiri.

“Bagi yang melalui laluan ini pada seketika dahulu, mereka perlu meredah hutan, sungai dan bukit.

“Sambil mereka berjalan , pekebun ini sering menyebut Subahanallah kerana penat berjalan dan kemudiannya ia digelar dengan nama sebegitu ,” katanya.

Kini, kampung tersebut dijadikan kebun kelapa sawit dibawah seliaan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan(FELCRA).

No comments: