Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sepakat Kunci Kejayaan Tiga Kali Berturut-turut Taman Perumahan Kg Sekati

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Kampung Sekati, Md Yasin Embong meneriha hadiah dairipada Pengarah Penerangan Negeri Terengganu Nasrudin Mahmud

Semangat gotong-royong dan persepakatan yang jitu di kalangan penduduk Taman Perumahan Sakti, Kampung (Kg) Sekati, Kuala Terengganu membolehkan penempatan itu mengekalkan kejuaraan tiga tahun berturut-turut bagi kategori Taman Perumahan dalam Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2016.

Kemenangan itu membolehkan Taman Perumahan Sakti menerima hadiah wang tunai RM2500, sijil dan plak.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Kg Sekati, Md Yasin Embong berkata, tujuan menyertai pertandingan yang dianjurkan Jabatan Penerangan Negeri Terengganu itu adalah untuk memupuk semangat cintakan negara dan menyedarkan semua penduduk erti kemerdekaan.

“Di samping untuk mengeratkan silaturahim antara penduduk setempat dari pelbagai lapisan bermula peringkat kanak-kanak, dewasa hinggalah warga emas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2016 oleh Pengarah Penerangan Negeri Terengganu, Nasrudin Mahmud sempena Majlis Apresiasi Bulan Kebangsaan 2016 itu di Kafe Taman Panorama Kuala Terengganu, semalam.

Md Yasin berkata, kemenangan itu begitu bermakna kerana membuktikan kerjasama penduduk yang bertungkus-lumus menyertai pelbagai aktiviti bagi memperindah taman perumahan tersebut.


"Kami membina replika Jalur Gemilang besar, menara Kuala Lumpur, kapal terbang, serta cendawan dengan penggunaan barangan kitar semula seperti surat khabar, tempurung kelapa dan tin susu bagi menghiasi setiap lorong rumah dan usaha itu berjaya membuahkan hasil,” ujarnya.
Sementara itu, pemenang bagi kategori lain dalam pertandingan itu ialah Kampung Tanah Lot, Batu 18 Hulu Terengganu (Kampung Tradisional), Agro resort Peladang, Setiu (Bangunan Swasta), Komuniti 1Malaysia Mukim Pasir Semut, Kemaman (Anjung Komuniti 1Malaysia) dan Jailani Ismail (Pintu Gerbang).

No comments: