Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sambutan Maal Hijrah Sabtu dan Ahad Ini


Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu bagi tahun 2016M/1438H akan diadakan di Stadium Negeri Kuala Terengganu pada 2 Oktober ini, bertemakan ‘Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah’.

Majlis akan dimulakan kira-kira jam 9.15 pagi dengan tazkirah oleh Mufti Terengganu, Dato’ Dr. Zulkifly Muda.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat kira-kira jam 10 pagi disambut Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri Halina Zakaria.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan al-Quran oleh qari jemputan serta ucapan oleh Menteri Besar dan titah ucapan oleh Sultan Mizan sebelum baginda menyempurnakan majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri tahun 2016M/1438H.

Seperti tahun sebelumnya, seorang penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri akan dipilih dan bakal menerima wang tunai RM10,000, pakej menunaikan umrah, pingat dan sijil penghargaan.

Sementara itu, sambutan ambang Maal Hijrah akan diadakan di Masjid Sultan Mohamad Bukit Besar Kuala Terengganu sehari sebelum sambutan Maal Hijrah (1 Oktober).

Pemimpin setempat dan kenamaan dijangka turut hadir ke majlis tersebut yang bermula kira-kira jam 6.30 petang.

No comments: