Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sambut Aidiladha Dengan Keinsafan



Menteri Besar, Haji Ahmad Razif Abd Rahman menyeru semua umat Islam di Terengganu khasnya dan Malaysia amnya dapat menyambut Hari Raya Aidiladha dalam suasana yang penuh keinsafan.

Beliau yang kini sedang menunaikan haji di Mekah bersama isteri, Hajah Halina Zakaria turut berdoa supaya rakyat negeri ini sentiasa hidup dalam keadaan aman dan tenteram.

" Saya berharap supaya rakyat di Malaysia dan Terengganu khasnya dapat meraikan sambutan Aidiladha dengan penuh tenteram serta harmoni.

"Moga kita semua berada dalam keadaan ceria dan gembira, " kata beliau dalam video berdurasi 2 minit 18saat dikirimkan jurufoto Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Haris Fadzillah Kassim yang turut berada di Mekah, hari ini.

Ahmad Razif dan isteri turut mengambil kesempatan memohon kemaafan atas segala kesilapan beliau selama ini.

Video penuh ucapan ini turut disiarkan menerusi portal www.teganukita.net



No comments: