Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Rundingan Tuntut Royalti Minyak Berjalan Lancar

Ahmad Razif ketika menjadi saksi Penyampaian Bayaran Keuntungan kepada wakil agensi-agensi kerajaan negeri, di Wisma Darul Iman, semalam. Foto oleh Zulkifli Putra

Usaha Kerajaan Terengganu mengadakan rundingan bersama Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengenai tuntutan royalti minyak menampakkan perkembangan positif.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya  akan terus mengadakan perbincangan dan yang terakhir diadakan pada minggu lalu bagi melihat semula secara keseluruhan untuk memastikan hak rakyat Terengganu dapat dipertahankan.

“Setiap kali rundingan akan  melibatkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri bersama Jawatankuasa Khas Petronas.

“Pertemuan selama 45 minit itu antara lain mengemukakan surat rasmi mengandungi 10 tuntutan rakyat Terengganu untuk diserahkan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Bayaran Keuntungan Kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu serta Pembayaran Dividen Kepada Agensi di bawah Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, semalam.

Antara kandungannya memohon dan mendesak supaya kerajaan negeri menerima 10 tuntutan antaranya mengembalikan royalti minyak dan hak Telaga Minyak Bertam Blok 307 kepada kerajaan Terengganu.


Beliau ketika ditanya sama ada akan mengikut jejak langkah Kerajaan Sarawak dalam menuntut royalti minyak, katanya, pihaknya akan meneliti terlebih dahulu perkara itu memandangkan dari segi perundangan dan dasar perundangan Sarawak dan Sabah berbeza berbanding semenanjung.

No comments: