Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

RM34 Juta MARA Terengganu Biayai Perusahaan Rakyat Sehingga Julai 2016



Majlis Amanah Rakyat (Mara) memperuntukkan sebanyak RM34 juta untuk membantu syarikat Bumiputera di negeri ini bagi memajukan perniagaan mereka sehingga Julai tahun ini.
Pengarah Mara Negeri, Salemi Yusof berkata, peruntukan dalam bentuk pinjaman itu diharap dapat meringankan bebanan syarikat untuk mengembangkan perniagaan mereka.
"Sebanyak 300 syarikat mendapat manfaat dari pinjaman ini dan pinjaman ini adalah untuk pembangunan.
"Diharap ianya dapat membantu mempertingkat produktiviti syarikat masing-masing sekaligus membantu bumiputra untuk bersaing dalam bidang perniagaan," katanya pada pemberita ketika hadir di Majlis Pelancaran Mesin Pembotolan Air Mineral Syarikat Teratai Tenang Sdn Bhd oleh Timbalan Ketua Pengarah Mara, Datuk Salmah Hayati Ghazali di Kampung Kepah, Hulu Terengganu, hari ini.
Dalam pada itu, Salmah Hayati berkata pinjaman sebanyak RM1.5 juta diberi kepada syarikat berkenaan untuk membeli mesin pembotolan itu.
"Pinjaman ini adalah diharapkan dapat membantu syarikat Teratai Tenang untuk meningkatkan pengeluaran air botol mineral yang dikeluarkanya sejak dua tahun lalu, " katanya.

No comments: