Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

PRU14 Makin Menghampiri

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan semua jentera parti bersedia dari sekarang kerana kini sudah masuk ke peringkat terakhir untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Saya ingin mengesahkan bahawa kita sudah masuk ke edah pilihan raya.

"Naib Presiden (UMNO) turun hari ini untuk memberikan mandat dan jadi sekarang bukanlah masa untuk kita toleh ke belakang. Kita perlu bangkit dengan strategi dan taktik untuk memastikan calon-calon BN dapat menang,"katanya.

Beliau berkata demikian di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Marang 2016, di Dewan Utama Majlis Daerah Marang, Kampung Paya, Marang, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Ahmad Razif Abd Rahman dan Ketua UMNO Bahagian Marang, A. Latiff Awang.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan juga mahu semua ahli UMNO bersatu-padu ketika ini dan tidak melihat kelemahan parti pembangkang sebagai alasan untuk bersikap sambil lewa bagi menghadapi PRU.

Selain itu beliau berkata, kekuatan dan kemenangan BN di DUN dan Parlimen Marang sebelum ini, tidak bersandarkan kepada aset (infrastruktur mega) semata-mata sebaliknya kerana kesedaran rakyat memilih calon dan parti yang dapat membela nasib anak cucu mereka.

Katanya, rakyat juga mahu perpaduan dan tidak mahu memihak kepada parti yang berpecah-belah.

"Sebagai mantan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri..'serik doh weh'..cukup-cukuplah...berilah sokongan padu kepada Menteri Besar supaya kita mampu menang dengan selesa nanti.

"Kita sudah tiada masa. Apa yang penting bersiap sedia untuk pastikan kemenangan berpihak kepada BN dan juga UMNO demi meneruskan perjuangan membela bangsa, agama dan negar," katanya.

No comments: