Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Program Sempena Kemerdekaan Anjuran Penerangan Dapat Sambutan Menggalakkan

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Nasrudin Mahmud

Konvoi Jalur Gemilang dan Pertandingan Keceriaan Sempena Bulan Kebangsaan 2016 yang dianjurkan Jabatan Penerangan Negeri Terengganu mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Pengarahnya, Nasrudin Mahmud berkata, program yang dirancang secara tahunan itu dilaksanakan bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kebangsaan itu, mendapat sambutan dari pelbagai peringkat usia.

“Sepanjang program-prgoram yang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan yang lalu, penyertaan orang ramai adalah di luar jangkaan.

“Komitmen masyarakat memang menggalakkan khususnya Konvoi Jalur Gemilang yang mendapat sambutan hebat bermula di peringkat kanak-kanak sekolah hinggalah masyarakat setempat di semua lokasi yang kita kunjungi,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan sempena Majlis Apresiasi Bulan Kebangsaan 2016 di Kafe Bukit Panorama, Kuala Terengganu, semalam.

Katanya, begitu juga dengan pertandingan keceriaan yang mendapat penyertaan menggalakkan dari orang ramai.

“Mungkin kerana tema ‘Sehati Sejiwa’ itu telah meresap di dalam hati masyarakat menyebabkan mereka bukan pentingkan kemenangan semata, tetapi lebih sebagai tanda sokongan kepada kerajaan untuk sama-sama menyamarakkan sambutan hari kebangsaan,” ujarnya.

No comments: