Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pesta Pantai Masuk Kalendar Pelancongan Terengganu



Pesta Main Pantai Batu Rakit akan dimuatkan dalam kalendar pelancongan Terengganu bermula tahun hadapan.
Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, program itu mampu menjadi produk baharu sektor itu yang mampu menarik kunjungan pelawat tempatan dan juga luar negara.
Katanya, konsep main pantai di Batu Rakit merupakan tradisi yang diwarisi daripada nenek moyang kita yang terdahulu.
Beliau berkata, pada asalnya main pantai di kampung itu bermula daripada penduduk di kawasan kampung Padang Kemunting dan Maras yang diadakan selepas selesai musim menuai padi.
“Setelah tamat musim menuai padi atas kerja keras mereka, penduduk kampung akan mengambil masa selama satu minggu untuk berehat di pantai.
“Ianya kini diteruskan lagi oleh generasi sekarang dan saya nampak bahawa pesta main pantai ini patut diteruskan serta dipertahankan kerana ini adalah satu konsep dan amalam yang mewujudkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain,” katanya.
Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penutup Pesta Main Pantai DUN Batu Rakit di Pantai Pengkalan Atap, Kuala Nerus, semalam.
Turut hadir, isteri Menteri Besar, Halina Zakaria; Senator, Dato’ Abdul Rahman Mat Yasin dan Adun Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman.
Tambah Ahmad Razif, melihat kesungguhan penduduk setempat, kerajaan negeri akan membantu dan akan menjadikannya sebagai program kerajaan negeri dengan kerjasama kampung terlibat.
Pesta Main Pantai DUN Batu Rakit yang diadakan sejak Jumaat lalu mengumpulkan 52 bangsal yang dibina secara tradisional daripada atap nipah.
Berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ini turut diadakan sambutan ambang kemerdekaan 2016 di tapak pesta itu.

No comments: