Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Peserta Berbaju Melayu Curi Tumpuan Di LAJSM


Memilih pakaian tradisional baju Melayu sempena Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2016, menyebabkan Mohd Shahril Alias, 33, dari Kuala Berang, Hulu Terengganu menjadi tumpuan ramai peserta serta orang ramai di kejohanan itu, hari ini.

Dia yang menyertai larian bagi kategori 21 kilometer tertutup lelaki berkata dengan mengenakan pakaian warisan lengkap berbeza berbanding peserta lain memberikannya lebih semangat untuk menghabiskan larian.

“Ini merupakan kali ketiga saya menyertai Larian Jambatan Sultan Mahmud. Pada tahun lepas, saya mengenakan pakaian seragam sekolah.

“Selain memberi saya lebih semangat apabila mengenakan uniform berbeza dari peserta lain, ianya juga dapat menarik perhatian orang lain untuk turut sama menghabiskan larian mereka,” katanya kepada Teganukita.

Shahril yang bekerja kilang di Shah Alam, Selangor berkat, tema baju Melayu yang dikenakannya pada tahun ini juga mempunyai sebab tersendiri.

“Saya mengenakan baju Melayu pada tahun ini disebabkan pada petang ini majlis sambut menantu akan diadakan di rumah saya.

“Untuk tahun hadapan pula, saya bercadang untuk mengenakan pakaian seperti nelayan jika saya menyertai larian ini,” katanya.

No comments: