Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Peserta Antarabangsa Kagum Dengan Seni Ukiran Melayu

Kehalusan seni ukiran Melayu yang diwarisi penduduk negeri ini sejak turun-temurun menarik perhatian peserta kursus Antarabangsa “Rural Transformation” yang berkunjung ke Desa Ukiran Kayu (DUK) Besut, Kampung Raja, baru-baru ini.

Rombongan disertai 43 peserta dari negara-negara keanggotaan Afrika- Asian Rural Development Organization (AARDO) dan ASEAN and Small Island Developing States disambut secara tradisional sebaik tiba di pekarangan DUK.

Mereka diberi taklimat mengenai program kursus kemahiran yang diadakan di pusat latihan berkenaan yang mempamerkan kemahiran mengukir oleh pelajar yang sedang mengikuti kursus di DUK terbabit.

Program anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLKW) dan Institut Kemajuan Desa (INFRA) itu bertujuan untuk berkongsi pengalaman terbaik Malaysia kepada negara kumpulan sasar dalam aspek pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan di negeri ini.

Selain melawat Desa Ukiran Kayu di Kampung Raja, peserta turut berpeluang menaiki bot dengan menyusuri Sungai Besut sambil melihat keindahan alam semula jadi.

Peserta juga diberi peluang melawat Sekolah Menengah Imtiaz Besut, institusi pendidikan yang terkenal di negara ini yang melahirkan ramai hafiz dan profesional berteraskan Islam.

No comments: