Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Perahu Besar Kemajuan Gah Diabadi Di Muzium Negeri



Muzium Negeri Terengganu yang diiktiraf terbesar di Asia Tenggara menempatkan artifak dan hasil seni warisan berusia beberapa kurun lamanya, termasuk perahu besar yang diberi nama Kemajuan.

Perahu yang didaftarkan dengan nombor pendaftaran T.65 adalah dari jenis Pinis Dogol mempunyai ukuran 73 kaki panjang, 22 kaki lebar dan 8 kaki 6 inci kedalaman dengan kadar muatan lebih kurang 2,500 pikul.

Perahu tersebut adalah kepunyaan Hajah Nik Haji Muhammad Kaya dan cucunya, Haji Long Haji Su yang tinggal di Kampung Losong atau kini dikenali sebagai Losong Haji Muhammad Kaya.


Pengangkutan air itu dibina pada 1946 iaitu selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan proses pembinaannya dipercayai memakan masa selama lapan bulan menerusi penyeliaan Haji Muhammad Abd Hamid, seorang tukang penimbal atau dikenali juga sebagai ketua tukang perahu besar yang tinggal di Kampung Duyung.

Pelayaran yang pertamanya adalah menuju ke Barn Lern, Selatan Siam, Thailand untuk mengangkut garam pada 1947 yang dinakhodai sendiri oleh Haji Long bersama 12 orang awak-awak.


Selepas 1952, perahu ini dinakhodai oleh Che Ngah Hitam sehinggalah operasinya terhenti pada 1980 apabila kegiatan pengimportan garam tidak lagi aktif.

Pada Januari 1982, perahu besar ini telah dijual kepada pihak Muzium Negeri Terengganu oleh anak Hajjah Nik, Haji Abdul Rahman Haji Taib untuk diabadikan di Muzium Maritim, Kompleks Muzium Negeri Terengganu di Bukit Losong sebagai warisan sejarah pelayaran orang-orang Melayu di Terengganu.

No comments: