Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pengunjung Taman Rekreasi Kg Sungai Serai Nikmati Satu Tan Buah-buahan

Setiausaha UMNO Bahagian Marang, Latif Mohd Noor (tiga dari kiri) menunjukkan buah durian berkualiti yang disediakan kepada pengunjung Taman Rekreasi Kampung Sungai Serai, semalam.

Lebih 300 pengunjung yang membanjiri Taman Rekreasi Kampung (Kg) Sungai Serai teruja dapat menikmati satu tan buah-buahan sempena Program Makan Durian dan Buah-Buahan Tempatan, di Binjai Rendah, Marang, semalam.
Buah-buahan seperti rambutan, duku, manggis dan durian jenis berkualiti tinggi yang disediakan tidak dikenakan sebarang bayaran sepanjang tiga jam program itu.
Program anjuran bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Sungai Serai dan pemilik dusun buah-buahan di kampung itu adalah julung kali diadakan bagi mempromosi produk buah-buahan tempatan dari Kg Sungai Serai dan sekitarnya kepada.
Pengerusi J3K Sungai Serai, Yusof Bakar, 52, yang bertindak sebagai penyelaras program berkata, program bertujuan untuk memastikan hasil titik peluh pekebun dapat untuk dikongsi bersama terutama dengan masyarakat kurang berkemampuan.
“Pengeluaran buah-buahan bermusim seperti rambutan, duku, manggis dan durian tahun ini tidak banyak tetapi kerana harganya yang mahal sedikit membataskan orang ramai untuk menikmati buah-buahan tempatan dengan sepuas-puasnya
“Jadi kita sepakat menganjurkan program untuk berkongsi sambil memperkenalkan produk pertanian di sini kepada orang luar selain bagi menghargai kerjasama diberikan Jabatan Pertanian, Peladang, Fama dan agensi lain,” katanya.
Program dirasmikan, Timbalan Pengerusi Penyelaras DUN Pengkalan Berangan, Latif Mohd Nor.
Hadir sama, Penghulu Mukim Binjai Rendah, Hakimi Iskandar Ahemed dan Penghulu Mukim Bukit Payong, Adnan Mohd Amin.
Turut hadir, Pegawai Khas Adun Pengkalan Berangan, Mohd Fazli Ali.
Yusof berkata, secara keseluruhannya, program berjaya mencapai matlamat untuk mempromosi hasil buah-buahan tempatan kerana rata-rata pengunjung berpuas hati malah mengakui kualiti buah durian antara yang terbaik.



No comments: