Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pengajaran Dari Bangsa Melayu Champa, Pelarian Kemboja Yang Menetap Di Malaysia

Hanafi berbaju hitam membantu ibadat korban penduduk tempatan

Nama dia Hanafi. Dia tidak pernah kenal ibu dan ayahnya. Bagaimanapun dia dibinkan kepada Ahmad.
Datang dari Kemboja ke Malaysia kira-kira 31 tahun yang lalu, sebagai pelarian sewaktu masih kanak kanak kecil (bayi), dibawa oleh kakak.
Sudah tentulah kini beliau sudah berusia 31 tahun.
Penulis kebetulan menemui beliau sewaktu ibadah korban penduduk tempatan disebuah kampung di daerah Kuala Nerus.
Dia datang membantu dan mengambil kepala serta perut lembu yang dihadiahkan kepadanya dan keluarga, selain daging korban.
Baginya itu rezeki untuk dapur keluarganya biarpun bagi sesetengah pihak untuk memprosesnya agak rumit dan.memakan masa (perut dan kepala lembu).
Ibubapanya meninggal dunia semasa lari dari Kemboja oleh kerana tidak tertahan disiksa rejim pemerintah yang anti orang Islam.
Difahamkan ibubapanya lari ke merata tempat sejak rejim komunis Khmer Rouge pimpinan Pol Pot berkuasa 1975, namun meninggal dunia dalam tempoh tersebut sebaik melahirkan Hanafi.
Sehinggalah akhirnya bayi Melayu Champa yang bernama Hanafi itu bersama kakak sulongnya, terselamat apabila mendapat perhatian Kuala Lumpur dan diberi peluang menetap di Malaysia.
Mereka beragama Islam berbangsa Melayu Champa. Dia bersyukur kerana selamat ke bumi Malaysia bersama kakaknya yang berusia 19 tahun, tahun 1985, walaupun sebagai insan pelarian.
Semasa di Malaysia, Hanafi memberitahu kakaknya masuk kampung keluar kampung, menaiki bas dan berjalan kaki menjaja atau menjual kain dan pakaian dengan menjunjung di atas kepala barangan pakaian untuk sesuap nasi, termasuk untuk membesarkannya.
Mereka waktu itu tinggal di Banting, Selangor.
Kakaknya kini telah berusia 50 tahun dan bercucu dan dia sendiri telah memiliki keluarga sendiri, isteri dan lima orang anak dan menyewa di sebuah kawasan di Kuantan, Pahang.
Hanafi walaupun masih bergelar pemustautin tetap, tetapi amat.menghargai negara Malaysia yang.membesarkannya, walaupun beliau datang dari Kemboja.
Beliau memohon untuk menjadi warga negara Malaysia jika diluluskan kerana baginya Malaysia sahajalah tempat pergantungannya dan anak anak.
'Saya anggap Malaysia adalah negara saya,' katanya sedih dan pernah ke Kemboja melawat perkampungan yang ibubapanya berasal dulu.
Namun saya tidak tahu di mana kubur ibubapa kerana beliau dilahirkan oleh ibu sewaktu era kehancuran Kemboja dan menjadi pelarian.
Sudahlah bangsa Melayu Champa yang kehilangan tanahairnya hanya menumpang di negara Kemboja, tetapi akhirnya terpaksa berdepan dengan pemerintahan komunis pula di sana.
Sebagaimana yang kita ketahui dalam sejarah, rejim komunis pimpinan Pol Pot di Kemboja juga telah membunuh lebih 200 ulama dan imam sepanjang tempoh lebih tiga tahun berkuasa mulai 1976 hingga 1979 sekali gus menjadi punca utama kehancuran ummah di sana.
Tindakan tentera Khmer Rouge membakar semua buku, kitab dan al-Quran selain memusnahkan 200 masjid menyebabkan Melayu Cham yang keseluruhannya Islam, hampir hilang pedoman agama sejak 30 tahun lalu.
Baki kira-kira 20 masjid pula ditinggalkan rosak. Lebih melampau, tentera Khmer Rouge menjadikan sesetengahnya kandang babi. Ada juga kitab dan al-Quran dijadikan kertas mengesat najis oleh tentera itu.
Pol Pot memusnahkan hampir apa saja tamadun dan asas kehidupan moden daripada kenderaan, sudu garpu sehingga menyebabkan rakyat Kemboja kembali mundur.
Semua perkara dilakukan secara manual termasuk manusia dipaksa menarik bajak di sawah menggantikan lembu dan kerbau. Apa saja perkakasan dan ciptaan moden dimusnahkan kemudian diganti dengan konsep sama rata dan kembali ke zaman kuno.
Demikian sejarah yang perlu menjadi iktibar kepada kita semua.


Hanafi dan kakaknya adalah adalah generasi kedua atau ketiga yang menjadi mangsa kekejaman Pol Pot bermula dari ibubapanya yang menjadi pelarian hingalah kepada beliau sendiri yang diselamatkan sewaktu masih bayi.
Kisah Hanafi dan keluarganya ini mungkin salah satu dari ribuan kisah lagi tentang orang Islam dari Kemboja yang terpaksa lari menyelamatkan diri termasuk ke Malaysia.
Kesusahan yang dialami sewaktu kecil menjadikan mereka insaf, membuatkan mereka menghargai kesenangan yang dinikmati di bumi Malaysia ini, walaupun tidaklah mewah.
Kini Hanafi cuba berniaga secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupannya dan keluarga dan berulang-alik dari Kuantan dan Kuala Terengganu untuk mencari rezeki yang halal.

Semoga kisah Hanafi dan kakaknya serta pelarian Kemboja ini dijadikan pengajaran oleh kita, khususnya orang-orang Melayu di negara ini.





 Laporan Khas Oleh : Ruslan Abdul Rahman

No comments: