Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pegawai Kerajaan Perlu Berubah Seiring Cabaran Semasa - SUK


 

Pegawai Tadbir Negeri Terengganu (PTN) perlu melakukan perubahan bagi menghadapi persekitaran yang dilihat kian mencabar khususnya dalam aspek memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, bagi menangani isu-isu yang semakin rumit dan kompleks, pegawai kerajaan hendaklah berubah mengikut arus dan teknologi terkini.

Katanya, penambahbaikan secara berterusan menjadi aspek utama untuk mereka terus relevan dalam sistem perkhidmatan awam, khasnya kepada pelanggan, iaitu rakyat.

"Penambahbaikan yang dimaksudkan merangkumi tiga aspek iaitu peka dengan persekitaran, 'protocolly fit' dan ‘credentially good at all time’.

"Menjadi 'protocolly fit' bermakna sebagai seorang pegawai haruslah menunjukkan kredibiliti yang tinggi dari setiap aspek termasuk pemakaian, percakapan dan perhubungan pada setiap masa.

“Manakala ‘credentially good at all time’ bermaksud menunjukkan diri sentiasa bagus dari semua perkara. Contohnya dalam isu pertukaran, apabila kita bagus, orang lain akan mengalu-alukan kedatangan kita,” katanya.


Beliau berkata demikian  ketika berucap di Program Majlis Makan Malam dan Ucaptama Bersama PTN di Kediaman Seri Setia, Batu Burok, Kuala Terengganu, semalam.

Dalam masa yang sama, Wan Nawawi berpesan kepada semua pegawai tadbir supaya sentiasa bersedia memikul beban tugas yang telah dipertanggungjawabkan demi memastikan kelancaran perkhidmatan awam negeri.

“Satu hari nanti kita akan menjadi pegawai lain dari yang lain kerana sentiasa mempunyai semangat. Berusahalah meninggalkan satu legasi serta ianya nanti dapat dijadikan sebagai panduan kepada orang lain.

"'Pada masa yang sama, pegawai tadbir juga masih kekal dan akan terus mengutamakan servis  terbaik terbaik kepada rakyat, bagaimanapun kita perlu meningkatkan kemajuan diri terutamanya kepada pegawai muda dengan mencari pengalaman dan pendedahan menerusi penglibatan dalam pelbagai acara,"katanya.

No comments: