Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

PBSNT Akan Dirombak-MB



Menteri  Besar meminta Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) melakukan rombakan dan penstrukturan semula pengurusan dan kepimpinan ekoran prestasi buruk pasukan Terengganu sejak kebelakangan ini.

Ahmad Razif Abd Rahman berkata, beliau akan menunggu laporan daripada PBSNT sebelum merombak persatuan berkenaan secara besar-besaran.

“Sebaliknya kita akan memberi tumpuan kepada pasukan T-Team yang berjaya memasuki separuh akhir Piala Malaysia, akan menambah baik pasukan itu pada musim depan untuk terus kekal cemerlang,” katanya.

Beliau  yang juga Pemangku Presiden PBSNT berkata demikian selepas mempengerusi Mesyuarat Mingguan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengawai Kewangan Negeri, Dato’ A Rahim Jusoh.

Dalam perkembangan yang lain, Ahmad Razif turut memberitahu, kerajaan negeri juga menjanjikan ganjaran kepada Pasukan  Hoki Terengganu (THT) yang berjaya mempertahankan kejuaraan Piala TNB buat kali ketiga berturut-turut, pada perlawanan akhir di Stadium Tun Razak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“Bentuk ganjaran  bergantung kepada kewangan negeri dan akan diputuskan dalam mesyuarat mingguan Exco minggu depan,” katanya. 



No comments: