Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Parlimen Hulu Terima Tujuh Ekor Lembu Korban


Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Jailani Johari menyumbangkan tujuh ekor lembu untuk dikorbankan di kawasan itu, sempena sambutan Hari Raya Aidiladha ini.
Agihan haiwan ternakan itu dilakukan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Hulu Terengganu di Dataran Kuala Berang, bermula 8 pagi.
Pegawai Khas Ahli Parlimen, Nik Azman Nik Abdul Razak berkata, Dato' Jailani yang sedang menunaikan ibadat haji berpesan supaya program korban pada kali ini hendaklah dilakukan secara gotong-royong sebagai lambang penyatuan semua pihak.
"Semua pihak perlu menjadikan sejarah ibadah korban sebagai panduan dalam mendidik jiwa supaya lebih ikhlas dan bersyukur.
“Konsep itu perlu dijadikan panduan dalam hidup kita iaitu kesanggupan berkorban dari pelbagai sudut seperti masa, tenaga, wang ringgit serta buah fikiran demi kemajuan agama, bangsa dan tanah air,” katanya ketika ditemui Teganukita, di Dataran Kuala Berang selepas Majlis Korban Perdana Peringkat Parlimen Hulu Terengganu.


Pada kali ini, sumbangan tujuh ekor lembu di agihkan kepada Jawatankuasa UMNO Bahagian Hulu Terengganu,Pergerakan Wanita,Pemuda dan Puteri UMNO Ahli Lembaga Pelawat Hospital Hulu Terengganu, Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) dan Tanah Lot Batu 18 Ajil.
"Saya berharap dengan pemberian lembu-lembu ini memberi kita kekuatan dan menyemai semangat perpaduan sesama umat Islam. Jangan ada perpecahan di kalangan umat Islam dan bersatu hati dalam memastikan Islam terus menjadi agama yang suci,” kata Nik Azman lagi.

Laporan Oleh : Mastura Jamaldin

No comments: