Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pakej Pelancongan Diperkenalkan Untuk Warga Singapura


Kerajaan negeri akan perkenalkan beberapa pakej lain kepada warga Singapura sebagai persediaan Tahun Melawat Terengganu 2017.

Pegawai Penyelidik Pejabat Menteri Besar, Dr Wan Ashaari Wan Ismail berkata, kejayaan program Ibadat Korban D'Terengganu yang dijadikan sebagai perintis mendorong kerajaan negeri untuk mengadakan pakej lawatan lain kepada warga Singapura.

"Sebagai program permulaan, kita sangat berbangga di atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak. Kita penuh yakin akan dapat mengadakan pakej-pakej yang lain sekaligus membawa lebih ramai warga Singapura.

"Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman telah pun meminta untuk perbanyakkan lagi pakej-pakej seumpama ini dan insyaallah selain dari pakej korban, kita akan perkenalkan pakej-pakej lain khusus untuk warga Singapura seperti pakej ke pulau dan juga lawatan ke Tasik Kenyir," katanya kepada Teganukita, hari ini.


Beliau ditemui pemberita pada majlis tersebut di Homestay Teluk Ketapang, Kuala Nerus.

Tambahnya, program yang mengumpulkan hampir 40 peserta pada hari ini adalah hasil inisiatif oleh kerajaan negeri semasa mengadakan Beautiful Terengganu di Singapura pada Ogos lalu.

Selain dari menyertai ibadah korban di Terengganu, pelancong Singapura yang dibawa melalui agensi pelancongan turut dibawa ke tempat tumpuan seperti Pasar Kedai Payang, Taman Tamadun Islam dan lain-lain.


No comments: