Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

MB Temui Pelajar Anak Terengganu Di Madinah


Menteri Besar, Haji Ahmad Razif Abd Rahman menemui pelajar anak Terengganu yang belajar di Madinah petang tadi (19 September) selepas waktu Asar waktu Madinah.
Ramah Mesra bersama 25 pelajar anak Terengganu yang belajar di Universiti Madinah serta hi-tea diadakan khusus untuk meraikan pelajar berkenaan di Restoran Assalam Madinah, beritahu Ahmad Razif melalui aplikasi Whatsapp sebentar tadi.


Beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada semua pelajar.

Ahmad Razif yang mengerjakan ibadat haji di Mekah kini berada di Madinah dan menemui para pelajar anak Terengganu sebagai tanda kecaknaan beliau terhadap pelajar Terengganu di negara Arab itu.
Menteri Besar memberi amanat agar para pelajar memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran.
"Saya mahu bila pulang nanti, pelajar sekalian turut membantu membina Negeri Terengganu Darul Iman dengan pendekatan yang dituntut oleh ajaran Islam," katanya ringkas.




No comments: