Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

MB Kongsi Kegembiraan Kejayaan T-Team Ke Separuh Akhir

Pasukan T-Team bersama pengurusan meraikan kejayaan mara ke separuh akhir selepas menjinakkan Felda United dengan agregat 2-1 dalam perlawanan suku akhir kedua, di Stadium Tun Abdul razak Jengka, Pahang, malam tadi. Photo Credit : T-Team FC.
“Alhamdulillah, Alhamdulillah! Tahniah dan syabas kepada T-Team di atas kemenangan 1-0 menentang Felda malam ini (malam tadi) di Jengka,Pahang dan seterusnya melayakkan diri ke separuh akhir nanti.

“Saya yakin dengan kemampuan semua pemain T-Team untuk membawa pasukan tersebut ke  `next level’. Saya sendiri tidak sabar untuk menyaksikan kejayaan T-Team di peringkat seterusnya,” Demikian respon Menteri Besar, Haji Ahmad Razif Abd Rahman sejurus T-Team mengesahkan laluan ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Felda United dengan agregat 2-1 dalam perlawanan suku akhir kedua,  di Stadium Tun Abdul Razak Jengka, Pahang, malam tadi.

Beliau bersama isteri, Hajah Halina Zakaria yang masih berada di Mekah mengulas kejayaan itu menerusi Page Facebook sebagai tanda meraikan kejayaan dan kegembiraan itu bersama rakyat Terengganu yang lain khususnya penyokong bolasepak negeri.

“Syabas dan tahniah sekali lagi kepada seluruh pasukan T-Team, pengurusan serta penyokong.
Majulah bolasepak untuk negeri Terengganu! ,”katanya.



Beliau sebelum perlawanan itu turut mendoakan kejayaan T-Team dan menaruh keyakinan yang tinggi pasukan kedua negeri mampu menampilkan kesungguhan dan disiplin yang tinggi untuk membawa kemenangan kepada Terengganu.

“Saya yakin T-Team mampu menguasai perlawanan menentang Felda malam ini di Jengka,Pahang. Kesungguhan yang ada pada pasukan T-Team sepatutnya menjadi contoh kepada pasukan yang lain.
“Saya mendoakan kejayaan anda. Terima kasih dan tahniah juga kepada semua penyokong T-Team yang turut berkonvoi ke Jengka hari ini. Anda membuktikan bahawa sukan telah berjaya menyatupadukan kita,”katanya lagi.

Dalam perlawanan timbal balik di gelanggang lawan itu,  T-Team menang 1-0 selepas terikat 1-1 pada pertemuan suku akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 28 Ogos lalu.

Pemain import kelahiran Uzbekistan, Dilshod Sharofetdinov muncul wira skuad The Titans apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-77 sekali gus memadamkan kelebihan tuan rumah yang turun beraksi dengan  mempunyai bekalan gol di tempat lawan.

Ledakan gol itu meranapkan impian Felda United untuk mara lebih jauh dalam saingan merebut piala berprestij berkenaan berpunca daripada sepakan sudut oleh Mohd. Nor Hakim Hasan sebelum Sharofetdinov yang tidak dikawal menanduk bola ke dalam gawang The Fighters.


T-Team dijadualkan menentang Selangor pada peringkat separuh akhir nanti.


No comments: