Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud Sabtu Ini, Catat 50,219 Penyertaan


Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2016  berjaya mencatatkan penyertaaan hampir 70 peratus dengan jumlah 50,219 peserta berbanding 30,000 peserta pada tahun lalu.

Peningkatan penyertaan termasuk 200 peserta dari luar negara seperti   Thailand, Amerika Syarikat, Uganda, Indonesia, Nigeria, Ethopia, Perancis, Nepal, Jepun dan Croatia untuk bersaing pada 24 September (Sabtu) ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata, penganjuran LAJSM berkonsepkan sukan pelancongan itu  mencatatkan peningkatkan peserta pada setiap tahun  hasil promosi berterusan dan tarikan hadiah yang ditawarkan.

Katanya, berdasarkan rekod, penganjuran pada 2012 menarik minat hanya 4,000 peserta, 2013 (8,022 peserta), 2014 ( 22,000 peserta) dan pada tahun lalu pula mencatatkan jumlah 30,000 peserta.

“Apa yang membanggakan, jumlah peserta yang dicatatkan pada tahun ini dengan jumlah 50,219 peserta adalah rekod terbaik sepanjang tempoh lima tahun penganjuran.

“Perkembangan itu juga melebihi sasaran Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman yang mahu mencapai 50,000 pada tahun ini bertujuan promosi Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017,” katanya dalam satu kenyataan kepada Teganukita.

Katanya, pada kejohanan kali ini sebanyak  RM300,000 hadiah keseluruhan ditawarkan kepada peserta di mana masing-masing  yang melibatkan diri dalam 10 kategori. 
  
“Dia berharap imej penganjuran LAJSM dapat dikekalkan seperti mana di zaman kegemilangannya dan sekaligus menjadikan ianya setaraf dengan ‘Penang Bridge International Marathon’ ataupun ‘ Standard Chartered KL Marathon’ serta lain lain kejohanan marathon yang sudah ‘ di seluruh Malaysia,” katanya.







No comments: