Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

KKYT Perkenalkan Tiga Kursus Baharu Menjelang 2017

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej kemahiran Yayasan Terengganu, Abdul Razak Mohamed 
Kolej Kemahiran Yayasan Terengganu (KKYT) mengorak langkah dengan menawarkan tiga kursus baharu yang dijangka bermula awal tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Razak Mohamed berkata, tiga program berkenaan berkaitan  perhotelan, perakaunan dan pelancongan.

“Kita ingin tawarkan program-program baharu seperti program perhotelan, perakaunan, dan pelancongan sebagai memperluaskan lagi penawaran kursus pengajian khususnya kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Di samping bertujuan menampung keperluan industri yang semakin meningkat dalam bidang-bidang tersebut,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Pertemuan Rakan Industri Kolej Kemahiran Yayasan Terengganu di Dewan Besar Yayasan Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Yayasan Terengganu, Mohamad Sulong.

Katanya, ketiga-tiga program itu kini masih dalam peringkat mendapatkan kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan dijangka akan memulakan pengambilan pertamanya Februari ini.

Menurut Abdul Razak, KKYT dahulunya dikenali sebagai Institut Kemahiran Trefound Educare merupakan sebuah kolej latihan kemahiran di bawah Yayasan Terengganu yang berperanan sebagai tempat belia-belia tempatan menjalani latihan kemahiran sebelum memasuki alam pekerjaan.

“Antara kursus yang ditawarkan di KKYT termasuk Sijil Pengurusan Pejabat, Sijil Operasi Sistem Komputer, Diploma Pentadbiran Sistem Maklumat dan Diploma Pentadbiran Sistem Komputer,” ujarnya.

No comments: