Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kawasan Tapak Rumah Kakitangan Petronas Di Kerteh Dalam Proses Dimajukan Semula


Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu ( LTAWNT) dalam proses membangunkan semula kawasan perumahan pegawai dan kakitangan Petronas di Kerteh, Kemaman.

Perkara ini disahkan sendiri oleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee ketika ditanya mengenai perkara ini.

Tanah itu sebenarnya memang milik LTAWNT dan dipajak kepada Petronas untuk perumahan kakitangan sebelum ini, katanya.

“Sekarang tempoh pajakan telah tamat dan diserahkan semula kepada LTAWNT dan akan dibangunkan,” katanya.

Difahamkan juga, barangan lama yang masih boleh digunakan seperti atap dan sebagainya, telah ada syarikat yang membelinya.

Sementara itu, Pengarah Urusan LTAWNT, Zahari Md Azahar memberitahu Teganukita, proses membangunkan semula kawasan tanah itu sedang diambil perjalanan dan sebuah syarikat telah dipersetujui untuk membangunkannya.

“Ia akan dibangunkan secara bersepadu atau bercampur-campur (mix project), di samping perumahan pelbagai kos” katanya.

Oleh itu, katanya orang ramai tidak perlu risau kerana kemudahan itu bukannya terbiar tetapi sedang dalam proses awal membangunkannya semula.

No comments: